Salam, suka kami ingin memberitahu yang selain dari menu nasi minyak dan nasi beriani yang kami tawarkan di dalam pakej katering perkahwinan, kami juga menyediakan katering masakan kampung. Ini kerana permintaan tinggi dari pelanggan kami pada tahun lepas yang rata-ratanya ingin mendapatkan citarasa yang pelbagai di dalam menu katering mereka.

Buat masa ini, menu katering masakan kampung boleh di dapati secara tempahan istimewa dari kami. Di antara menunya ialah gulai masak lemak, masak sambal, ulam-ulaman dan lain-lain. Di dalam masa terdekat kami akan menyajikan masakan kampung sebagai salah satu daripada pakej menu kami. Walau apa menu dan sajian yang kami hidangkan, kami akan pastikan servis dan layanan dari Sutera Catering adalah yang paling premium dan terbaik. Sila hubungi kami untuk membuat tempahan istimewa katering masakan kampung sekarang.